BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SELAMAT DATANG

Monday, March 14, 2011

Perbezaan Antara Bahasa Formal dan Bahasa Tidak Formal


Bahasa formal dan bahasa tidak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal


Bahasa Bebas

Bahasa Terkawal



·         Ayat yang tidak gramatis.

·         Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.

·         Contoh ayat:  You ni memang degillah. I dah bagitahu you kan jangan keluar dengan jantan tak guna tu lagi. Tapi you tak nak dengar cakap  I. I fed up la dengan you.


·         Ayat yang gramatis

·         Mementingkan aspek-aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

·         Contoh ayat: Awak sangat degil. Saya telah beritahu awak supaya jangan keluar dengan lelaki itu. Tetapi awak tidak mahu dengar cakap saya. Saya sudah bosan dengan awak.

Komen: Berdasarkan penerangan di atas, bahasa formal perlu digunakan bagi merujuk kepada urusan-urusan rasmi seperti perhimpunan, hari anugerah dan sebagainya manakala bahasa tidak formal digunakan dalam pertuturan harian manusia. Selain itu, penggunaan bahasa tidak formal jelas dapat dilihat di dalam novel dan cerpen. 

0 comments: