Semasa sesi kuliah Dr. Abdul Halim Ali, rentetan perkataan berbunyi durian di hujung julai telah terpacul keluar melalui mulut beliau. Sebenarnya, Durian di Hujung Julai merupakan judul sebuah novel karya Sasterawan Negara iaitu, Shahnon Ahmad. Ketika beliau menyebut tajuk novel tersebut, hampir semua pelajar beranggapan bahawa novel ini berkisar tentang sesuatu peristiwa berkaitan buah durian yang berlaku pada penghujung bulan tujuh. Sebaliknya, maksud durian di hujung julai ini ialah buah durian yang berada pada hujung dahan yang kelazimannya paling akhir sekali gugur. Rupa-rupanya sesetengah kawasan di Kedah, Kelantan dan Terengganu memanggil dahan pokok sebagai julai maka tidak hairanlah apabila Shahnon Ahmad menggunakan perkataan ini sebagai tajuk novelnya. Sememangnya, Shahnon Ahmad sangat kreatif dalam memilih perkataan-perkataan unik bagi dinukilkan ke dalam novelnya seperti perkataan Shit, Petriah dan banyak lagi.
Monday, March 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment